Bantuan Barang Keperluan Bayi Untuk Keluarga Susah

Assalamualaikum para dermawan yang baik hati. Terima kasih sudi singgah dan baca apa yang HUDA nak sampaikan ni.
RAMAI IBUBAPA TAK MAMPU NAK BELI SUSU DAN PAMPERS UNTUK ANAK-ANAK MEREKA.
HUDA terima banyak sangat rayuan bantuan untuk barang keperluan bayi. Tapi HUDA terpaksa mohon maaf pada mereka semua sebab HUDA tiada dana bagi bantuan barang keperluan bayi buat masa ini.
Dan banyak lagi mesej-mesej macam ni tidak putus HUDA terima setiap hari.
"Cik boleh tak saya nak tukar barang dapur ni dengan susu dan lampin anak saya? Saya masih ada makanan, tapi saya takde duit nak beli susu dan pampers."
Permintaan ini, buat hati HUDA bagai dikoyak-koyak.
Ibu ayah ni, jika sesuatu itu
untuk anak-anak,
ibu ayah sanggup buat apa sahaja asalkan anak-anak mereka dapat keperluan yang secukupnya
.
Walau satu dunia mengecam mereka, tapi tiada siapa pun mampu menghalang mereka demi anak-anak.
Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua yang dalam kesempitan. Semoga mereka terus kuat demi anak-anak yang mereka sayangi dan cintai.
MACAM MANA KITA BOLEH BANTU?
HUDA nak ajak semua bantu ibu ayah ini untuk sediakan susu dan pampers untuk anak-anak mereka.
✅ Taja RM70 = 1 set Barang Keperluan Bayi (Pampers + Susu)
✅ Taja RM40 = 1 pek pampers
✅ Taja RM30 = 1 pek susu
Mudah-mudahan kempen ini dapat meringankan sedikit beban keluarga yang memerlukan. Terima kasih para dermawan dan sahabat HUDA!
GAMBAR-GAMBAR SERAHAN
HUDA akan kemaskini gambar-gambar agihan terkini selepas agihan dijalankan.
Semoga ganjaran pahala buat para dermawan akan terus mengalir tanpa henti ibarat air zam-zam yang tidak pernah kering. Amin Ya Rabb.
Mari rebut peluang bersedekah hari ini bersama HUDA.
JOM BANTU MEREKA!
TEKAN "HANTAR" DI BAWAH SEKARANG
⬇️⬇️⬇️
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Nota Kaki :