Peluang Untuk Mengukir Senyuman Mereka Yang Memerlukan Sempena Aidilfitiri!
Alhamdulilah syukur, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hampir dua tahun kita tidak dapat menyambut Syawal bersama keluarga disebabkan sekatan dan kawalan pergerakan.
Pada tahun sebelum ini HUDA Malaysia telah berjaya mengedarkan lebih daripada 5,000 pek barangan asas yang mana telah member manfaat kepada lebih kurang 25,000 penerima bantuan sepanjang tahun 2020 dan 2021. Insya-Allah usaha murni sudah pun diteruskan pada awal tahun ini.
Namun, permintaan semakin tinggi khususnya menjelang Aidilfitri kali ini. Oleh sebab itu, HUDA Malaysia ambil inisiatif untuk membantu meringankan beban golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan melalui Kempen Pek Rezeki Raya 2022.
Berikut adalah penerima Pek Rezeki Raya tahun ini :
- Ibu tunggal
- Warga emas
- Keluarga susah yang memerlukan
HUDA mensasarkan sebanyak 80 - 100 pek rezeki akan diagihkan pada sebelum menjelang hari raya tahun ini. Anggaran penerima manfaat bagi kempen ini ialah 5000 orang. Insyallah.
Maklumat Kempen
- RM60 sahaja = 1 pek barangan asas yang terdiri daripada barang dapur iaitu ketupat segera, rempah masakan, beras, kuih raya dan ayam segar.
Pernah suatu hari Rasulullah didatangi oleh satu kumpulan manusia yang sangat miskin. Mereka berkaki ayam, pakaian dan penampilan mereka menggambarkan kesusahan hidup mereka. Sahabat Nabi yang menyaksikan peristiwa ini berkata:
“Berubah wajah Rasulullah bilamana melihat keadaan susah yang mereka hadapi.” (HR Muslim)
GAMBAR-GAMBAR SERAHAN
HUDA Malaysia tidak akan mampu bertahan dalam medan kesukarelawan dan kemanusiaan ini tanpa sokongan dan dorongan dari semua. Semoga ganjaran pahala buat para dermawan akan terus mengalir tanpa henti ibarat air zam-zam yang tidak pernah kering.
Jom sedekah sekarang juga. Mari rebut peluang untuk akhiri Ramadhan kali ini dengan amal kebajikan. Kita tidak akan pernah tahu amalan mana satu yang akan menjadi asbab kita berjaya melangkah ke surga kelak.
“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah” (QS. Al-Hasyr: 18).
Tidak semua orang dipilih oleh Allah untuk bersedekah dan merebut ganjaran pahala. Jangan kita sia-siakan peluang untuk berbuat kebaikan hari ini.
HUDA doakan semua yang sampai ke web ini akan sentiasa dilapangkan pintu rezeki dan dipermudahkan semua urusan hidupnya.
Amin Ya Rabb.
Nota Kaki :