Sedekah Juadah Buka Puasa Untuk 5 Buah Universiti
Alhamdulilah syukur, tahun lepas (2021) HUDA Malaysia berjaya mengedarkan 2,600 pek makanan percuma sepanjang bulan Ramadhan dan diedarkan kepada beberapa institut pengajian tinggi di Malaysia. InsyaAllah, Ramadan tahun ini HUDA Malaysia dengan sokongan orang ramai akan membantu lagi 5 buah Universiti untuk menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Berikut 5 Buah Universiti Yang Terlibat Sepanjang Ramadhan Tahun Ini;
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- UiTM Shah Alam
- Universiti Islam Antarabangsa Gombak (UIA)
Maklumat Kempen;
- RM4.50 sahaja = 1 pek makanan
- RM3.50 sahaja = 1 pek air, kuih & kurma
Kita boleh sedekah untuk nama sendiri. Kita juga boleh niatkan sedekah untuk nama ibu ayah atau saudara mara yang telah pergi.
Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
GAMBAR-GAMBAR SERAHAN
.jpg)
Sokongan orang ramai adalah nadi kekuatan HUDA. Tanpa sokongan padu dari orang awam, tak mungkin HUDA mampu melaksanakan amanah dan menyebarkan sebanyak mungkin kebaikan dan manfaat ini sebaiknya. Semoga ganjaran pahala buat para dermawan akan terus mengalir tanpa henti ibarat air zam-zam yang tidak pernah kering.
HUDA bersama seluruh pasukan sukarelawan akan sentiasa mendoakan anda semua agar dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.
KEMASKINI SLOT IFTAR RAMADHAN 2022
5 UNIVERSITI
RAMADHAN | PEK YANG DIPERLUKAN | STATUS TERKINI |
1 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
2 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
3 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
4 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
5 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
6 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
7 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
8 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
9 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
10 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
11 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
12 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
13 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
14 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
15 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
16 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
17 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
18 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
19 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
20 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
21 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
22 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
23 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
24 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
25 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
26 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
27 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
28 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
29 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
30 Ramadhan | 250 pek | PENUH |
Jumlah pek makanan yang diperlukan bagi 5 buah universiti ialah 250 pek sehari. InsyaAllah sekiranya 5 buah Universiti ini dapat penuhkan keperluan Iftar Ramadhan kali ini, hampir 7,500 orang pelajar yang akan menerima manfaat dari bantuan ini sepanjang Ramadhan.
Jom sedekah sekarang juga.
Jadikan Ramadhan kali ini bulan yang paling bermakna buat kita. Kita tidak akan pernah tahu sama ada kita masih berpeluang bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ibn Majah).
Tidak semua orang dipilih oleh Allah untuk bersedekah dan merebut ganjaran pahala. Jangan kita sia-siakan peluang untuk berbuat kebaikan hari ini.
HUDA doakan semua yang sampai ke web ini akan sentiasa dilapangkan pintu rezeki dan dipermudahkan semua urusan hidupnya.
Amin Ya Rabb.
Nota Kaki :