Peluang Sedekah Barang Dapur Untuk Keluarga Susah
Kempen Belanja Barang Dapur kembali lagi!
Kami tak ramai tapi kami ada. Walaupun HUDA mempunyai limitasi dari segi tenaga kerja dan sukarelawan, namun sumbangan-sumbangan kalian boleh dikatakan telah sampai hampir ke seluruh Malaysia. Antara negeri-negeri yang kerap HUDA jejak adalah Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Melaka dan Perak.
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri tempoh hari , HUDA telah berjaya mengedarkan bantuan berupa barangan dapur kepada 350 buah keluarga bersamaan hampir 1,750 penerima manfaat.
Sepanjang 2 tahun HUDA Malaysia berada di lapangan, barangan dapur ini sebenarnya ditunggu-tunggu oleh para penerima bantuan. Mengikut anggaran kami, satu pek bantuan belanja dapur ini cukup untuk sebuah keluarga kecil bertahan selama minimum 14 hari .
Untuk makluman Tuan/Puan, jumlah keseluruhan keluarga yang telah dibantu sepanjang dua tahun penubuhan HUDA sudah pun melebihi 2000 keluarga bersamaan 10,000 penerima manfaat secara purata. Walaupun bilangan keluarga yang telah HUDA bantu mencecah empat angka, namun percayalah, ianya masih sedikit. Setiap kali kami berada dilapangan, pasti ada penambahan senarai keluarga yang memohon bantuan dan sumbangan daripada HUDA.
Melihat kepada pertambahan permintaan penerima bantuan, HUDA akan meneruskan lagi usaha ini dengan kempen #BersamaHUDA : Belanja Barang Dapur bagi bulan Julai. Seperti kempen sebelum-sebelum ini, HUDA menyasarkan sebanyak 100 - 150 buah keluarga akan menerima manfaat daripada kempen ini.
Bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Barang Dapur : RM60/pek
- Antara barang yang akan diberikan ialah ayam / ikan segar, sayur-sayuran, beras, minyak masak dan telur (Tertakluk kepada perubahan dan keadaan semasa).
Berikut adalah bakal penerima manfaat dari kempen ini :
- Ibu tunggal
- Warga emas
- Keluarga susah yang memerlukan
Mudah-mudahan kempen ini dapat meringankan sedikit beban keluarga yang memerlukan. Terima kasih para dermawan dan sahabat HUDA!
Pernah suatu hari Rasulullah didatangi oleh satu kumpulan manusia yang sangat miskin. Mereka berkaki ayam, pakaian dan penampilan mereka menggambarkan kesusahan hidup mereka. Sahabat Nabi yang menyaksikan peristiwa ini berkata:
“Berubah wajah Rasulullah bilamana melihat keadaan susah yang mereka hadapi.” (HR Muslim)
GAMBAR-GAMBAR SERAHAN
HUDA Malaysia tidak akan mampu bertahan dalam medan kesukarelawan dan kemanusiaan ini tanpa sokongan dan dorongan dari semua. Semoga ganjaran pahala buat para dermawan akan terus mengalir tanpa henti ibarat air zam-zam yang tidak pernah kering.
Mari rebut peluang bersedekah hari ini bersama HUDA. Jom sedekah sekarang juga!
“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah” (QS. Al-Hasyr: 18).
Tidak semua orang dipilih oleh Allah untuk bersedekah dan merebut ganjaran pahala. Jangan kita sia-siakan peluang untuk berbuat kebaikan hari ini.
HUDA doakan semua yang sampai ke web ini akan sentiasa dilapangkan pintu rezeki dan dipermudahkan semua urusan hidupnya.
Amin Ya Rabb.
Nota Kaki :